Tempat-tempat dilarang merokok
Di Bawah SubPeraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Tujuan utama Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 diwujudkan adalah untuk melindungi kesihatan awam dari bahaya asap rokok. Subperaturan 11(1)m PPKHT 2004, menyenaraikan beberapa tempat dimana merokok adalah dilarang. Tempat-tempat tersebut adalah: Di mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin. Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah. Di dalam mana-mana premis kerajaan. Di mana-mana Kawasan dalam suatu kafe internet. Di mana-mana Kawasan di dalam suatu perpustakaan. Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam. Di mana-mana Kawasan di dalam suatu institusi Pendidikan dan institusi Pendidikan tinggi seperti sekolah, kolej dan universiti. Di mana-mana Kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium. Di dalam mana-mana lif atau tandas awam. Di dalam mana-mana hospital atau klinik. Tanggung jawab anda. Jika anda seorang perokok: Pastikan