Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Deman Panas, Sakit Perut, Cirit Birit

 Mungkin bererti Demam Kepialu

Demam Kepialu ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Kepialu (Salmonella typhi).

Kuman ini terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit Kepialu dan pembawanya.

Pembawa Demam Kepialu ialah seorang yang mempunyai kuman-kuman Kepialu dalam badannya, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda Demam Kepialu.

Cara Deman Kepialu Merebak

Demam Kepialu berjangkit dengan meminum air dan memakan makanan yang telah dicemar oleh najis dan muntah pesakit/pembawa kumam Kepialu.

Kuman Kepialu boleh mencemarkan bekalan air minuman, jika tandas yang sempurna tidak digunakan.

Kumam Kepialu dibawa oleh lalat yang hinggap di atas najis pesakit/pembawa kuman Kepialu dan seterusnya hinggap di atas makanan yang terdedah.

Demam Kepialu boleh berjangkit melalui tangan yang terkena najis/muntah pesakit/pembawa kuman Kepialu jika tidak dibasuh sebelum makan atau semasa menyediakan makanan.

Tanda-Tanda Dan Gejala

1 Sakit kepala yang kuat.

2 Sakit perut.

3 Sembelit diikuti dengan cirit-birit.

4 Demam panas (suhu badan tinggi) dan berterusan selama 3 ke 4 minggu.

5 Ruam di badan.

6 Mata layu dan mencengkung.

7 Tidak sedakan diri dan meracau.

Bahaya Demam Kepialu

1 Seorang pesakit mungkin boleh mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh.

2 Seorang pesakit boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti dalam ususnya boleh pecah.

3 Jangkitan Kepialu boleh menjangkiti jantung yang kemudiannya boleh membawa maut.

4 Penyakit ini boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.

Langkah-langkah Pencegahan

1 Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.

2 Basuh semua pinggan mangkuk dengan menggunakan air yang bersih.

3 Letak/sediakan makanan di tempat tinggi yang bersih.

4 Gunakan tandas yang sempurna.

5 Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum menyediakan makanan.

6 Minum air yang telah dimasak.

7 Bersihkan Kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna.

8 Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

9 Tutup semua makanan.

10 Gunakan penyepit untuk mengambil makanan.

Sumber Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Comments