Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Melaka bermula Pelan Pemulihan Negara 2

PPN SOP FASA 2 bagi Negeri Melaka bermula hari ini Sabtu 4hb Sep 2021
KEMASKINI PADA 3 SEPTEMBER 2021

BERKUAT KUASA 4 SEPTEMBER 2021

✅ AKTIVITI DIBENARKAN 
- Rentas daerah (lengkap dos vaksin sahaja)
- Rentas daerah dan negeri bagi PJJ antara negeri Fasa 2 yang belum lengkap vaksin
- Aktiviti pelancongan dalam negeri sahaja melibatkan hotel dan homestay. Perlu lengkap vaksin. Dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun ke bawah.
- Pertambahan 11 sektor perdagangan & pengedaran (fotografi, barangan terpakai, nurseri, kraftangan dan cenderahati, antik, alat permainan, permaidani, kandungan kreatif, peralatan outdoor, kosmetik, penjagaan kulit, minyak wangi, tembakau)
- Operasi bermula 6.00 pagi - 10.00 malam.
- Kehadiran di pejabat 60% bagi penjawat awam dan 80% bagi perkhidmatan swasta.
- Sektor pendidikan bagi pelajar Tingkatan Enam Semester 2.
- Kelonggaran bagi aktiviti sukan dan riadah bermula pada 6.00 pagi - 10.00 malam.
- Penggambaran filem outdoor
- Aktiviti perkelahan dan perkhemahan(lengkap dos vaksin)
- Pertambahan kepada operasi sektor pembuatan, agrikomoditi, pembalakan berskala kecil, pembinaan.

Patuhi SOP. Amalkan kawalan kendiri.

🇲🇾

Sumber : Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka layari di https://www.facebook.com/156744877668985/posts/4611808468829248/

Comments