Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Apa itu COMBI ?

Sahabat saya, Kyhrol telah jadi ahli COMBI dan semalam kita berbual berkaitan apa itu COMBI semasa kita menghadiri program kempen kesihatan di Ujong Pasir, Melaka.

Memetik dari katalog yang sedia ada, kamu boleh faham apa itu COMBI seperti tertulis di bawah.

 

APA ITU COMBI?

COMBI adalah singkatan kepada “Communication for Behavioral Impact” (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkathlaku)

Satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku risiko terhadap kesihatan manusia.

 

BAGAIMANA PENDEKATAN MENYEBABKAN MESEJ DALAM COMBI?

Secara besar-besaran (Massive)

Berulang kali (Repetitive)

Bersungguh-sungguh (Intensive)

Berterusan (Persistent)

Pendekatan ini penting bagi memastikan kejayaan program COMBI, memandangkan terdapatnya faktor kekangan dalam komuniti seperti tumpuan, pemilihan, tanggapan dan pengekalan.

 

APAKAH PRINSIP-PRINSIP ASAS PENYAMPAIAN MESEJ COMBI?

Pusat Promosi Perkhidmatan

Penyampaian Peribadi/Komunikasi Interpersonal

Pengiklanan

Kerahan Masyarakat

Kerahan Pentadbiran/Perhubungan Awam/Advokasi

 

KEPENTINGAN PROMOTER DALAM COMBI

Promoter penting dalam program COMBI kerana merupakan saluran penyampaian maklumat kepada komuniti. Mereka paling sesuai kerana mereka adalah dari kalangan masyarakat setempat yang mengetahui sosio budaya tempatan.

Ia akan mengurangkan jurang perbezaan komunikasi jika dilakukan oleh masyarakat setempat.

 

FAEDAH KEPADA PROMOTER

Promoter akan mendapat pengetahuan dan maklumat tentang denggi melalui latihan yang diberikan

Akan meningkatkan kemahiran komunikasi kerana diberi latihan

Orang yang dipilih dan dipercayai di kalangan masyarakat setempat

Menambah pengalaman kerana banyak peluang berinteraksi dengan masyarakat dan lain-lain agensi

Diberi keutamaan untuk menyertai aktiviti/program anjuran KKM

Satu peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat

 

FAEDAH KEPADA KOMUNITI

Meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan cara hidup sihat

Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan Bersatu-padu

Mewujud dan menjadikan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan sihat

Hubungan inter agensi dan masyarkat akan bertambah erat

 

PERANAN PROMOTER SUKARELAWAN

Mengingatkan penduduk setempat supaya menjalankan pemeriksaan pembikan Aedes di rumah masing-masing

Menggerakkan masyarkat setempat membuat pemeriksaan dan gotong-royong di luar Kawasan rumah; contohnya, padang permainan, surau, rumah ibadat, Kawasan lapang dan sebagainya

Mengedarkan bahan Pendidikan kesihatan

Mengingatkan masyarkat untuk mendapatkan rawatan dengan segera di hospital/klinik kesihatan berdekatan jika mengalami demam

 

MEMPERKASAKAN MASYARAKAT DALAM COMBI – KEPUTUSAN DAN PELAKSANAAN DIBUAT OLEH MASYARKAT

 

Sumber

Kementerian Kesihatan Malaysia

www.moh.gov.my

www.infosihat.gov.my

www.myhealth.gov.my

Comments