Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

YB Norhizam Bin Hassan Baktee merasmikan Majlis Pengharaman Racun Paraquat



Pengharaman Racun Paraquat BerkuatKuasa 1 Januari 2020

Paraquat dilarang menggunakannya di Malaysia kerana pendaftarannya ditamatkan. Sisabaki racun makhluk perosak berlebihan boleh –

1 memjejaskan kesihataan pengguna
2 buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan dan ditolak oleh negara pengimport
3 dakwa dibawah Akta Makanan 1983

Paraquat telah diharamkan di 28 negara Kesatuan Eropah, China, Korea, Ivory Coast, Burkina Faso, Caper Verde, Gambia, Mali, Mauritawa, Negeria dan Senegal.

Negara Asean yang telah mengharamkan paraquat adalah Cambodia, Laos dan Vietnam.

Paraquat dihadkan penggunaan dengan kawalan ketat di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand, Australia dan Arab Saudi manakala negara Asean yang menghadkan penggunaan paraquat adalah Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Malaysia akan mengharamkan penggunaan racun paraquat bermula pada 1 Januari 2020.

Paraquat telah dikelaskan sebagai 1b Beracun iaitu racun bisa sangat toksik dan

1 tiada penawar untuk memulihkan keadaan yang terancam dengan paraquat
2 ia mudah diserap melalui kulit
3 pendedahan boleh menyebabkan kerosakan kuku
4 pendedahan berlebihan kepada kabus semburan boleh menyebabkan hidung berdarah
5 kesan buruk jangka panjangnya adalah seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit dan penyakit Parkinson
6 mengakibatkan ketidaksuburan, keguguran dan kecacatan bayi

Comments