Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab ketidakupayaan dan kematian pramatang rakyat Malaysia pada masa kini.

Jenis-jenis Penyakit Jantung

1 Penyakit jantung kongenital (berlaku sejak dalam kandungan):

1.1 Jantung berlubang

1.2 Kecacatan injap jantung

 

Penyakit jantung bukan kongenital (akibat cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan):

 

2.1 Penyakit jantung reumatik

2.2 Penyakit jantung infektif

2.3 Penyakit jantung koronari (Paling kerap berlaku)

Ia berlaku akibat daripada penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat.

Ini mengakibatkan angina pektoris atau sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung. Arteri koronari yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.

Tanda-tanda serangan jantung

Sesak nafas

Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher

Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam/pensang

Berpeluh dingin

Berasa sejuk walaupun suhu persekitaraan panas

Pening kepala dan berasa loya

Faktor-faktor risiko penyakit Jantung Koronari

Faktor-faktor TIDAK BOLEH diubah

Risiko meningkat dengan peningkatan umur

Jantina: Kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung

Keturunan : Jika terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidapi ini, ia akan meningkatakkan risiko anda

Fakto-faktor BOLEH diubah

Tabiat merokok

Kolesterol tinggi dalam darah

Tekanan darah tinggi

Pesakit diabetes

Cara hidup sedentary

Berat badan berlebihan

Stres yang tidak ditangani dengan bijak

Langkah pencegahan Penyakit Jantung

1 Lakukan pelbagai jenis senaman dan aktiviti fizikal

Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman untuk menguatkan jantung seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal, melakukan senamrobik dan bersukan.

2 Amalkan pemakanan yang sihat

Makan pelbagai jenis makanan berpandukan pyramid makanan

Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya denga memberi keutamaan kepada bijirin penuh

Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

Pilik makanan yang rendah lemak dan kolesterol

Pilih makanan yang kurang kandungan gula dengan garam

Kawal berat badan [untuk mencapai indeks jisim badan yang ideal – Body Mass Index BMI]

Lakukan perubahan. Kurangkan berat badan anda secara beransur-ansur. Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5kg seminggu.

Kawal stress

Rancang masa secara bijak

Ketahui kemampuan diri

Berfikiran secara positif

Tangani kritikan dengan baik

Buat keputusan dengan bijak

Jalin persahabatan

Rancang perubahan dalam hidup

Kongsi masalah dengan orang lain

Kawal diabetes [Jika anda seorang penghidap diabetes]

Kawal paras gula dalam darah melalui senaman dan pemakanan sihat

Kawal berat badan

Patuhi nasihat doctor dan ambil ubat mengikut jadual

Lakukan pemeriksaan kesihataan secara berkala

Pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh mengesan awal faktor-faktor risiko penyakit jantung supaya pencegahan dapat dilakukkan

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas.

Bagi anda yang berumur di bawah 35 tahun tetapi berisiko tinggi, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap:

Glukos

Kolesterol daarah

Tekanan darah

Komposisi lemak badan

 

Sentiasa pantau Indeks Jisim Badan BMI anda.

Sumber :

Bahagian Pendidikan Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

www.infosihat.gov.my

www.myhealth.gov.my

Comments