Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Penyakit buah pinggang

 1 dalam 10 orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang. Penyakit buah pinggang atau ginjal adalah kerap. Ianya merbahaya tetapi boleh dirawat.


Apakah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?


Penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat oleh pelbagai faktor.


Penyakit buah pinggang kronik boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang tanda kepada pesakit, tetapi dapat dikesan dengan melakukan ujian saringan.


Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik berlaku?


- terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang kronik.

- secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang.

- terdapat lebih daripada 20,000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2010.


Siapakah yang berisiko tinggi untuk penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?


Golongan yang mempunyai:


- tekanan darah tinggi

- diabetis (kencing manis)

- kehadiran protein/darah di dalam air kencing

- kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/akar-akar kayu/kerba tradisional

- glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)

- jangkitan kuman yang kerap pada saluran genito urinari

- batu karang pada sistem buah pinggang

- talian persaudaraan rapat dengan pesakit yang mengalami penyakit kegagalan fungsi ginjal kekal

- SLE (Systemic Lupus Erthyematosus)

- dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja


Tanda dan gejala


- badan berasa mudah letih

- hilang selera makan, rasa loya dan muntah

- kerap kencing terutamanys pada waktu malam

- bengkak kaki dan muka

- sukar bernafas

- gatal seluruh badan

- pucat

- tekanan darah yang tinggi


Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal?


- dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan kesan tanda-tanda berlaku kerosakan pada buah pinggang


Apakah akibat jika tidak dikesan awal


- risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan hanya menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang



Perhatian


Permantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:


- pesakit diabetis (kencing manis)

- pesakit darah tinggi

- perokok

- berat badan yang berlebihan

- mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang

- pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain


Langkah-langkah pencegahan


- jangan makan sebarangan ubat tanpa mendapat arahan daripada doktor

- menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah

- mengurangkan berat badan berlebihan atau obsetiti

- mengawal gula dan kolesterol di dalam darah

- memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetis adalah baik (optima)

- mengamalkan cara pemakanan yang sihat

- berhenti merokok

- bersenam


Sentiasa pantau Indeks Jisim Badan BMI anda.

Sumber :

Bahagian Pendidikan Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

www.infosihat.gov.my

www.myhealth.gov.my

Comments