Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Bahaya Shisha

 

Keburukan Menghisap Shisha

1 Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan karsinogen yang tinggi (karsinogen adalah bahan kimia yang membantu pembiakan sel kanser).

2 Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yang lebih tinggi dari penghisap rokok.

3 Asap yang terhasil dari pembakaran bahan shisha bersama-sama asap yang dihempus keluar oleh penghisap shisha menyumbang kepada kesan negatif terhadap kesihatan orang di sekeliling mereka.

4 Wanita mengandung yang menghisap shisha boleh mengancam kandungannya hingga mengakibatkan kelahiran bayi tidak cukup bulan atau pramatang.

5 Berkongsi paip shisha meningkatkan risiko penyakit serius seperti tuberkolosis dan hepatitis A, juga demam biasa dan selesema.

Tahukan Anda ?

Menurut Jurnal

Mengandungi 36 kali lebih bikotin berbanding rokok. “Nikotin memberi rasa tenang sementara dan sangat tinggi tahap ketahihannya”.

Nikotin akan sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja selepas asap shisha disedut. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku selepas beberapa sesi menghisap shisha sahaja.

Antara tanda ketagihan nikotin seperti:

Cepat marah

Kerisauan

Kemurungan

Kurang focus

Kelesuan

Kesan ketahihan juga menyebabkan sukar untuk berhenti menghisap shisha.

Amalkan 12M – Tips Berhenti Ketagihan Shisha

1 Melengah-lengahkan – tunggu lima minit atau katakana nanti sebentar bila rasa hendak menghisap shisha.

2 Menarik nafas Panjang – tarik nafas tiga kali secara perlahan-lahan.

3 Minum air – terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4 Menyibukkan diri – buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan untuk melupakan shisha.

5 Menjauhkan diri – dari tempat orang merokok.

6 Mengelakkan diri – daripada suasana atau tempat orang menghisap shisha.

7 Mengunyah sesuatu – seperti gula-gula getah dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

8 Membasuh tangan.

9 Mandi dengan kerap.

10 Merengangkan otot – lakukan apabila rasa mengantuk.

11 Meditasi

12 Memohon doa – berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha.

Apa itu Shisha ?

Shisha juga dikenali sebagai hokkah merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk “menghisap tembakau yang berperisa berasal dari India dan Timur Tengah”.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, penggunaan produk tembakau seperti menghisap rokok, shisha dan sebagainya telah menyebabkan kematian lebih lima juta penduduk seluruh dunia setiap tahun.

Satu sesi menghisap shisha boleh menghasilkan jumlah asap yang bersamaan dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok. Walaupun asap tersebut melepasi air sebelum disedut oleh penghisap shisha, namun asap yang dikeluarkan dari shisha tersebut tetap mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi, termasuk karbon monoksida, “heavy metals” dan bahan karsinogen yang lain.

Bagaimana menghentikan ketagihan terhadap Shisha ?

Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Perkhidmatan Berhenti Merokok PBM menyediakan perkhidmatan untuk membantu menghilangkan ketagihan terhadap nikotin yang terdapat dalam produk tembakau dengan teknik yang telaha terbukti berkesan melalui terapi modifikasi tingkah laku dan terapi farmako, dengan menggunakan ubat-ubatan seperti terapi gentian nikotina NRT dan vareniclin.

Tujuan PBM adalah :

1 Untuk memberi sokongan dan bantuan yang komprehensif untuk membantu perokok berhenti merokok serta mengubah tingkah laku.

2 Memberi kesedaran tentang bahaya merokok.

3 Memberi pengetahuan dan kemahiran berhenti merokok.

4 Menggalakkan dan memberi motivasi untuk menggunakan Klinik Berhenti Merokok.

5 Memberi rawatan dan pemulihan.

6 Mencegah relapse dan mengekalkan status tidak merokok.

Untuk bantuan, sila hubungi Infoline Berhenti Merokok 03 8883 4400 (Waktu Pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang)

Sumber:

Risalah Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Comments