Note: As an Amazon Associate, I may earn from qualifying purchases. We are participating in the Amazon Services LLC Associates Program, an affiliate advertising program designed to provide a means for us to earn fees by linking to Amazon.com and affiliated sites.

Cili Fertigasi - Cara-cara menanam


Dikongsikan kepada saya oleh Puan Dayang Azuanty Binti Yusof, pengetahuan mengenai Agronomi dan Pembajaan Tanaman Cili Fertigasi amat berguna kepada saya.

Saya sudah faham apa itu Fertigasi. Fertigasi adalah proses pembajaan dan pengairan tanaman yang dilakukan serentak secara drip tanpa menggunakan tanah.

Dulu-dulu, jankitan akar kerap berlaku kerana cara-cara tanaman fertigasi belum lagi dimajukan. Fertigasi menggantikan tanah dengan medium lain serupa habuk sabut kelapa, serkam padi bakar, dan sebagainya.

Selain daripada ditunjuk-ajar tentang konsep fertigasi,kepelbagaian sistem fertigasi, kaedah pengairan fertigasi dan cara-cara seperti tertera di bawah juga dikongsikan.


  • Semaian Benih dan Pengurusan
  • Penyedian Larutan Stok Pembajaan
  • Pengurusan Fertigasi Selepas Pemindahan Anak Benih
  • Kawalan Perosak Dan Penyakit
Selepas perkongsian Puan Dayang Azuanty, Encik Izrul Razis Bin Ismail memberi ceramah berkaitan Perosak Dan Penyakit Tanaman Cili sebelum rehat tengahari.

Pada sesi petang, saya dapat melawat Projek Fertigasi Pengasih, di Kampung Rim, Jasin, Melaka. (Tonton)

En Mohd Fawzan Bin Sabtu denganYB Datuk Wong Fort Pin

Comments